PENGUMUMAN PENTING!

Salam Semua
Sebarang pertanyaan tentang rawatan silakan call@sms@whatsapp saja ibu di nombor 012-658 6987.
pertanyaan anda akan dijawab dalam masa 24jam.

untuk aturkan temujanji pun boleh whatsapp nombor tersebut di atas ya...

terima kasih



SALAM SAYANG PN.IBU =)

Monday, September 28, 2015

ISLAMIK ACUPUNCTURE

Akupuntur merupakan perubatan kuno yang berasal dari China. Di Malaysia Akupuntur masih dimonopoli oleh tabib cina dan mulai berkembang dalam perubatan komplementari Melayu.

Di dalam tubuh manusia terdapat 400 titik akupuntur yang mana apabila distimulasi akan menghubungkan saraf dan organ dan menimbulkan kesan terapeutik. Contohnya, ada 21 titik akupuntur yang dipercaya memengaruhi organ limpa, 19 yang berkaitan dengan usus kecil, 67 titik yang memengaruhi kerja kandung kemih, dan 9 titik akupuntur pada jantung.

Berdasarkan ilmu akupuntur kepercayaan Tiongkok yang mana adanya aliran tenaga yang dipanggil Qi, Kelemahan dan kesumbatan pada Qi akan mengakibatkan kelemahan pada organ dan anggota.
Dengan akupuntur dapat menghambat sumbatan Qi pada tubuh seterusnya merawat penyakit yang dihadapi.

Kaedah Akupuntur ini telah diolah menjadi lebih Islamik dengan menekankan kaedah cara Islam dan lebih natural. Bagaimanapun keaslian ilmu akupuntur masih digunapakai.

 

Akupunktur Wajah



Akupunktur wajah dapat mengembalikan keanjalan wajah, mengubati eye bag, merawat Bell's Palsy (lumpuh wajah sebelah ), merawat rabun, resdung, sakit kepala dan sebagainya.

Kesan dapat dilihat selepas rawatan pertama bergantung kepada keadaan pesakit. Anda dapat lihat sinar pada corak kulit atau lebih dikenali chi atau aliran darah ke arah wajah. Aliran darah akan pulih dan kedut-kedut dapat berkurangan malah menjadikan wajah sihat.

Rawatan perlu dijalankan sekali seminggu selama 45 minit atau sekali selama 90 minit. Rawatan perlu dilanjutkan selama 2 bulan dan kemudian sebulan sekali. Insyaallah akan memberi kesan yang memberangsangkan.

Rawatan akupuktur wajah ini dikenali sebagai alternatif kepada botox yang tidak memerlukan bahan sampingan dan merbahaya.  Akupunktur hanya bertindak sebagai pemangkin chi untuk mengalirkan darah dengan sempurna.


Rawatan Setelah Stroke / Lumpuh.

Terapi akupuntur sebagai terapi alternatif kepada pesakit yang pernah mengalami stroke. Stroke mengakibatkan anggota kaku dan kesukaran bercakap serta kerosakan di pembuluh otak. Akupuntur sangat baik untuk memulihkan aliran tenaga dalam badan.
  
 Slip disc 

Akupuntur sangat berkesan untuk masalah slip disc dan sakit belakang. Kaedah akupuntur yang digabungkan dengan urutan yumeiho / bekam bergantung kepada keadaan pesakit.

Sakit Sendi / Arthritis 

Migraine

Masalah kesuburan

Fabroid / cyst / endometriosis

Masalah rahim menyebabkan kesukaran hamil dan menjejaskan kesihatan seharian. dengan terapi akupuntur insy Allah mengecutkan ketumbuhan dan memulihkan kembali fungsi organ tersebut.

 Senggugut.

Sumbatan pada saluran rahim mengakibatkan senggugut. Akupuntur dan gabungan kaedah urutan untuk memulihkan rahim.


 

Akupuntur dan urutan bersalin 

Menaikkan dan merawat rahim bagi wanita selepas bersalin terutama wanita selepas operation.
Selepas bersalin secara ceaser selalunya wanita takut untuk melakukan sengkak kerana luka masih belum kering. dengan kaedah akupuntur membantu mengecutkan rahim, memulihkan perjalanan haid, menaikkan peranakan dan menyuburkan rahim. 




Dengan akupunktur, insya Allah dapat mengubati masalah-masalah yang dialami

PAKEJ RAWATAN IBU BERPANTANG

Pakej Terapi Ibu Bersalin 2015


Urutan Bersalin + Sengkak    RM70
Bertungku                              RM40
Bertangas                               RM40
Lulur                                      RM40
Reflexology                           RM40 - RM60
Urutan Baby                          RM20
Sengkak Wajah                      RM30
Facial                                     RM35
Akupuntur                             RM50
Mandian Herba                     RM50  (termasuk Ramuan Akar Kayu RM15 sepeket)
Ubat Periuk                           RM10    


Pakej VIP    RM250
Urutan
Bertungku
Pemakaian Bengkung + Pilis + Param + Tepel
Bertanggas
Urutan Baby
Lulur
Mandian Herba 

Pakej Standard  RM200
Urutan
Bertungku
Pemakaian Bengkung + Pilis + Param + Tepel
Mandian Herba
Sengkak Wajah

Pakej Basic RM150
Urutan
Bertungku
Pemakaian Bengkung + Pilis + Param + Tepel

Transportation Charge : RM30 - RM50 bergantung kawasan

KENAPA KITA PERLU BEKAM?

Apa itu Bekam?

Bekam adalah proses mengeluarkan darah kotor dari bawah lapisan kulit. Darah kotor yang dimaksudkan adalah darah yang mengandungi toksid/ toksin,  darah beku, oksidan, asid urik, kolestrol, angin, sel darah yang rosak, sel bermutasi, adrenalin berlebihan, kuman, cas/tenaga negatif, unsur Jin/Syaiton dan sebagainya; yang tidak boleh diserap oleh sistem tubuh manusia yang normal. 

Darah yang dikeluarkan melalui pembekaman hanya dibawah lapisan epidermis. Kedalaman sayatan bekam sedalam 0.1mm tidak melebihi 0.4mm untuk memastikan tidak menembusi pembuluh darah vena.


Kandungan darah secara umumnya mengandungi sel darah merah atau dipanggil hemoglobin. Hemoglobin bertujuan membawa oksigen dari paru-paru ke jaringan tubuh dan membawa kembali karbon dioksida kembali ke paru paru.

Bekam mengeluarkan darah mampu membersihkan saluran darah daripada terus tersumbat dan membaikpulih sistem peredaran darah, melancarkan fungsi organ.



Sumbatan darah antara punca kebanyakkan penyakit kronik seperti :


Stroke



tekanan darah tinggi

 kanser hati


penyakit kulit


Kanser Payudara


Sumbatan tiup/ cyst / fabroid / kanser rahim


Kanser usus



Toksid/toksin (bahan kimia) dalam tubuh manusia berasal dari:

Makanan, minuman, udara dan air yang tercemar.Makanan-segera - mengandung zat kimia yang tidak baik untuk tubuh seperti pengawet, pewarna, essense, penyedap rasa dan sebagainya.Hasil pertanian tercemar seperti pestisida (insektisida, fungisida, herbisida dan lain-lain). Tabiat buruk seperti merokok, tidak menjaga kebersihan, makan tidak teratur, makanan tidak seimbang, makanan terlalu masam, terlalu masin, terlalu manis dan sebagainya.Ubat-ubatan kimia - mempunyai kesan sampingan merosak organ atau mikroba yang normal dalam tubuh.

Faktor-faktor penyebab darah beku:

Darah beku yang disebabkan oleh kecederaan sewaktu di dalam rahim atau sewaktu dilahirkan.Darah beku yang bersumber dari trauma penderitaan fizikal berpunca dari kecederaan akibat kemalangan, terseliuh, berkelahi, kena cubit, kena tendang, kena rotan dan sebagainya.Darah beku akibat perbuatan sendiri seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian ketat, ikat kepala yang berpanjangan dan sebagainya.Darah beku yang bersumber dari emosi yang tidak terkawal seperti kemarahan, ketakutan, kesedihan, kesayuan dan kerisauan yang menyebabkan pengeluaran adrenalin berlebihan yang membahayakan metabolisme tubuh.Darah beku yang disebabkan oleh diet yang tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit dan pencemaran makanan, minuman, udara, air dan alam sekitar.

Darah kotor yang tidak dapat ditapis atau disingkirkan oleh sistem tubuh manusia boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan; baik secara fizikal mahupun mental seperti mudah merasa lesu, kemurungan, resah, pening, sentiasa merasa kurang sihat, cepat bosan dan mudah pitam. Tubuh akan mudah terkena penyakit seperti influenza sehinggalah kepada penyakit degeneratif seperti strok, darah tinggi, kanser, diabetes; bahkan sehingga kepada penyakit jiwa. Maka, darah kotor perlu dikeluarkan seberapa segera dari tubuh badan. Kita harus mencari pengubatan yang dapat bertindak mengeluarkan darah kotor secara cepat dan efektif agar tubuh tidak lemah dan mudah diserang berbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berbekam darah yang merupakan sejenis preventive medicine (perubatan pencegahan) selain juga curative medicine (penyembuhan).


Bekam Darah pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.

badan akan pantas secara automatik memperbaiki atau menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.


Melalui Bekam Darah, secara tidak langsung juga akan meransang sistem antibodi tubuh. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.


Bekam Darah juga akan dapat mengelakkan buah pinggang, hati, hempedu dan usus ‘bekerja terlampau keras’ di dalam proses menstabil dan menapis darah dari segala toksid/toksin, oksidan, kolestrol dan sebagainya lagi yang tidak diperlukan oleh sistem tubuh manusia yang normal. Organ-organ tersebut akan dapat berfungsi dengan normal dan terhindar dari kerosakan mahupun serangan penyakit yang tidak diingini.



Kesimpulannya, darah kotor yang telah dikeluarkan dari tubuh akan dapat menjadikan darah lebih bersih, tidak pekat/beku, beroksigen sempurna, sistem pengaliran darah di dalam badan menjadi lebih lancar, organ-organ dalaman menjadi lebih sihat dan dapat berfungsi dengan baik kerana menerima darah yang sihat, penghasilan sel-sel darah yang sihat, darah cair dan saluran darah tidak tersumbat membolehkan jantung dapat mengepam darah dengan baik ke seluruh tubuh badan, penghasilan dan penyebaran hormon yang stabil kepada semua organ tubuh, penghasilan dan penyebaran antibodi yang kuat bagi melawan serangan bakteria dan virus pembawa penyakit, otak dan deria yang cergas, pergerakan fizikal yang cergas dan menghasilkan kesihatan yang maksima kepada seseorang.     


DALIL DARI HADIS


Daripada Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku diisra’ oleh Allah Taala dan mereka telah berkata ‘Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam’ ”. (HR Turmuzi Wa Baihaqi)


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam (hijamah).” (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)


Ibnu ‘Abbas RA mengabarkan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam pada bagian kepalanya dalam keadaan beliau sebagai muhrim (orang yang berihram) karena sakit pada sebahagian kepalanya.” (HR  Al-Bukhari)


"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara; iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan kay (pembakaran) dengan api; dan sesungguhnya aku melarang umatku dari kay" (Hadis Sohih)


“Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam).”

(Muttafaq ‘alaihi)


"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit"

(HR  Abu Dawud)


"Berbekam memperkuatkan daya hafaz seseorang dan menambah akal orang yang berakal.” (HR Ibnu Majah)

“Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (HR Ahmad dan Tabrani, Samurah RA) 

Jika Berminat untuk mendapatkan terapi Bekam Sunnah menggunakan sayatan atau jarum lancet boleh hubungi saya Amalina 0197524243




KREDIT TO:http://alhaudhnaturopathy.blogspot.my/

PUSAT TERAPI ALHAUDH- Urutan, Bekam & Acupuncture Shah Alam

 Asalammulaikum W.B.T

Semoga sahabat alam maya Pn.Ibu sentiasa dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah. Amin.

Bagi sesiapa terutama warga Shah Alam dan sekitar lembah Klang yang tercari-cari perkhidmatan seperti Urutan, Bekam, dan Acupuncture sila la bertandang ke Pusat Terapi Alhaudh yang terletak di Seksyen 18 Shah Alam. In Sha Allah kami akan membantu menyelesaikan masalah anda.

 Berikut di bawah adalah rawatan dan harga perkhidmatan kami.




Bekam : 1 point RM7 ( 3x sedut)

1 point kepala RM15 (X perlu cukur)

Bekam Lintah : RM10 seekor

Akupuntur : RM40 - RM100

Urut Tradisional : RM60 - rm70 per sessi


Urutan Satu badan : RM90 (reflex + Urutan Saraf + Urutan Yumeiho)

Massage Guasa : RM40

Facial : RM25 -80


Akupuntur Wajah : RM70
Gurah : RM40 + set

Scrub/Lulur : RM40

yumeiho / kiropraktik : RM60 - RM90



Pembekam / perawat lelaki disediakan

Dapatkan harga istimewa. Hubungi kami

012-658 6987 (Puan Mar)
019-752 4243 (Puan Amalina)
011-1161 3260 (En.Kyirul)